Monday, 30 July 2012

Lencana sekolah




* Hijau - Agama Islam dan kesuburan alam semulajadi.
* Merah - Keberanian, kegigihan dan semangat waja.
* Putih - Kesucian dan kebersihan.
* Oren - Warna rasmi Felda. 




Logo Sekolah Bestari Malaysia melambangkan perubahan dinamik. Ia memaparkan visi Kementerian Pendidikan untuk merekasemula secara sistematik sistem pendidikan dengan mengubah budaya dan amalan sekolah-sekolah di Malaysia, bergerak keluar dari pembelajaran berasaskan ingatan kepada pendidikan yang merangsang pemikiran dan kreativiti, membentuk pelajar yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka serta membolehkan ibu bapa dan komuniti mengambil bahagian secara aktif.

Warna Logo Sekolah Bestari Malaysia

Tulisan berwarna hitam melambangkan pemikiran yang kritis dan kreatif.
Kuning melambangkan pembelajaran secara optimis.
Ungu melambangkan pengetahuan
Putih melambangkan pendemokrasian pendidikan
Biru melambangkan pembangunan pendidikan yang menyeluruh bagi pelajar
Merah melambangkan peranan pendidikan sebagai nadi hidup negara.
Simbol Sekolah Bestari Malaysia

Bentuk hati yang riang membawa maksud “hati para pelajarnya”.
Bentuk lampu bergaya yang sedang menyala membawa maksud “minda pelajarnya.”
Bentuk empatsegi yang kelihatan peramah melambangkan “perekaansemula Sistem Pendidikan Malaysia”

Kenali SMK Felda Besout


Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout telah diasaskan pada 9 Januari 1984. Pada minggu pertama persekolahan pelajar-pelajar menumpang di Sekolah Menengah Slim River. Para pelajar ini telah memulakan sidang persekolahannya pada sesi petang. Pelajar perintis seramai 210 orang ini terdiri daripada 3 kelas tingkatan satu dan 3 kelas tingkatan dua.
     Pada 16 Januari 1984, para pelajar telah berpindah ke bangunan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout. Bangunan ini telah didirikan oleh pihak FELDA di atas sebidang tanah seluas satu hektar dengan belanja RM116,000.00. Bangunan kayu ini terdiri daripada 2 blok iaitu 5 buah bilik darjah, 2 buah makmal, bilik guru, pejabat sekolah dan tandas. Perabot-perabot dan peralatan telah dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Perak.
     Bilangan guru pada ketika itu hanya 9 orang termasuk Pengetua. Puan Kalthom binti Abdul Rashid merupakan Pengetua yang pertama. Beliau memegang jawatan Pengetua sehingga 1 Februari 1984 apabila pada tarikh yang sama, En. Shafie bin Mohd Ariffin telah melapor diri sebagai Pengetua. Puan Kalthom pula memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan.
     Semenjak sekolah ini dibuka hingga kini (2012), tiga belas orang Pengetua telah ditugaskan di sekolah ini. Mereka terdiri daripada :
  • Pn. Kalthom binti Abd. Rashid
        : 9 Januari 1984 - 1 Februari 1984
  • En. Shafie bin Mohd Ariffin
        : 1 Februari 1984 - 1 Februari 1986
  • Pn. Kalthom binti Abd. Rashid
        : 1 Februari 1986 - 15 November 1987
  • En. Abu Massaut bin Shafiee
        : 16 November 1987 - 19 Mac 1991
  • Tn. Haji Ibrahim bin Jamil
        : 1 April 1991 - 15 Januari 1992
  • Tn. Haji Hamzah bin Yusof
        : 16 Januari 1992 - 16 Februari 1994
  • En. Abdul Mutalib bin Abdul Hamid
        : - 30.3.1998
  • En. Mohd Saaid bin Sulaiman
        : 1 April 1998 - 11 Disember 1998
  • Tn. Haji Ibrahim bin Ahmad
        : 12 Disember 1998 - 16 Julai 2001
  • Tn. Haji Razali bin Ismail
        : Julai 2001 - Jun 2005
  • Pn. Hajjah Ramlah binti Abdullah
        : Julai 2005 - Mac 2008
  • Tn. Haji Abdul Kefli bin Mat Sih
        : Mac 2008 - September 2009
  • Pn. Hajjah Siti Mariam binti Joned
        : September 2009 - Julai 2011
  • Pn. Hajjah Zabidah binti Hassim
        : Julai 2011 - Sekarang
     Setelah 28 tahun ditubuhkan, sekolah ini mengalami perubahan yang ketara dari segi kemudahan fizikal, pertambahan bilangan guru dan pelajar. Pelbagai kemajuan telah dicapai meskipun lokasinya jauh di pedalaman. Semoga dalam alaf baru ini Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.