MAKSUD ICT
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau
ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data
Friday, 21 September 2012
Monday, 30 July 2012
SMK(F) Besout Sekolah Bestari Luar Bandar
Tahniah diucapkan kepada semua warga SMK (F) Besout kerana telah
dipilih menjadi perintis Sekolah Bestari Luar bandar yang Pertama.
Semoga semua warga SMK (F) Besout berganding bahu dalam menjayakan
sekolah bestari ini.
Apa dia Sekolah Bestari?
Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia.
Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya.
Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan
cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau
miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai
mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer
akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.
Pada
peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari
dengan menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran
dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan
dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum
bersama dengan Bahagian Teknolohi Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Untuk
menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di
sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam
perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran
dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. Bagi
sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan
pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolahh Bestari
di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perkembangan
Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan
pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di
Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat
melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan
dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran
Wawasan Negara.
Lagu rasmi SMK(F) Besout
Megah kami berdiri
Bersamalah berbakti
Mencapai cita-cita yang murni
Untuk hasrat sejati
Bersamalah berbakti
Mencapai cita-cita yang murni
Untuk hasrat sejati
Tabah dan cekal
Kami bersatu
Giat usaha maju
Kami bersatu
Giat usaha maju
Pada guru dihormati
Sekolah disayangi
Bersatu semua, sehati sekata,
Untuk Malaysia jaya
Sekolah disayangi
Bersatu semua, sehati sekata,
Untuk Malaysia jaya
Visi & Misi
MISI
Melonjakkan
kecemerlangan SMK Felda Besout, dalam pencapaian
akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin
serta meningkatkan imej pengurusan dan pentadbiran
menjelang 2015.
VISI
SMK Felda Besout bersama-sama
melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu
pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan melalui:
1. Pengurusan dan kepimpinan yang
cekap, berkesan, telus dan tulus.2. memperkasakan kepimpinan instruksional dan membina kepimpinan transformasional.
3. Pembudayaan & pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam pengurusan dan pentadbiran.
4. Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
5. Sahsiah dan disiplin yang berasaskan program pembangunan insan.
6. Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
7. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.
Lencana sekolah
* Hijau - Agama Islam dan kesuburan
alam semulajadi.
* Merah - Keberanian, kegigihan
dan semangat waja.
* Putih - Kesucian dan kebersihan.
* Oren - Warna rasmi Felda.
Logo Sekolah Bestari Malaysia
melambangkan perubahan dinamik. Ia memaparkan
visi Kementerian Pendidikan untuk merekasemula
secara sistematik sistem pendidikan dengan mengubah
budaya dan amalan sekolah-sekolah di Malaysia,
bergerak keluar dari pembelajaran berasaskan ingatan
kepada pendidikan yang merangsang pemikiran dan
kreativiti, membentuk pelajar yang bertanggungjawab
terhadap pembelajaran mereka serta membolehkan
ibu bapa dan komuniti mengambil bahagian secara
aktif.
Warna Logo Sekolah Bestari Malaysia
Tulisan berwarna hitam melambangkan pemikiran yang kritis dan kreatif.
Kuning melambangkan pembelajaran secara optimis.
Ungu melambangkan pengetahuan
Putih melambangkan pendemokrasian pendidikan
Biru melambangkan pembangunan pendidikan yang menyeluruh bagi pelajar
Merah melambangkan peranan pendidikan sebagai nadi hidup negara.
Simbol Sekolah Bestari Malaysia
Bentuk hati yang riang membawa maksud “hati para pelajarnya”.
Bentuk lampu bergaya yang sedang menyala membawa maksud “minda pelajarnya.”
Bentuk empatsegi yang kelihatan peramah melambangkan “perekaansemula Sistem Pendidikan Malaysia”
Subscribe to:
Posts (Atom)