Friday, 5 October 2012

Peranti Input Dan Output komputer





 Dalam teknologi komputer terdapat 2 jenis peranti utama iaitu :

1) Peranti Input
2) Peranti output

Kedua-dua peranti ini saling berhubungan dalam memproses data. Berikut adalah jenis-jenis peranti Input 

Peranti input


Peranti input di gunakan sebagai peranti utama untuk menerima data sebelum di proses oleh CPU. Contoh peranti input :














Keyboard : Digunakan untuk menaip data pada komputer
















 
Scanner : Digunakan untuk mengimbas gambar atau lampiran. Hasil imbasan dalam bentuk
                  format JPEG dan PDF 


 








Tetikus (mouse) : Digunakan untuk menggerakkan cursor pada komputer 

Peranti Output

Peranti Output merupakan peranti yang berfungsi sebagai memaparkan maklumat yang telah di proses oleh CPU. Berikut adalah contoh peranti output














Monitor  : Monitor digunakan untuk memaparkan setiap data yang diproses .Pengguna akan dapat melihat objek, gambar, video dan sebagainya dengan paparan yang berwarna.


Speakers : Berfungsi sebagai peralatan audio untuk mengeluarkan bunyi .















Printers:digunakan untuk mencetak data yang telah diproses seperti gambar dan teks.

Friday, 21 September 2012

MAKSUD ICT
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data

Monday, 30 July 2012

SMK(F) Besout Sekolah Bestari Luar Bandar


 

  Tahniah diucapkan kepada semua warga SMK (F) Besout kerana telah dipilih menjadi perintis Sekolah Bestari Luar bandar yang Pertama. Semoga semua warga SMK (F) Besout berganding bahu dalam menjayakan sekolah bestari ini.

Apa dia Sekolah Bestari?

Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.
Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknolohi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolahh Bestari di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.

Aktiviti warga Felda Besout


Bertuahye tinggal di Felda :-)

Sejarah penubuhan SMK(F) BESOUT 25 Tahun


Lagu rasmi SMK(F) Besout



Megah kami berdiri
Bersamalah berbakti
Mencapai cita-cita yang murni
Untuk hasrat sejati
Tabah dan cekal
Kami bersatu
Giat usaha maju
Pada guru dihormati
Sekolah disayangi
Bersatu semua, sehati sekata,
Untuk Malaysia jaya

Visi & Misi

MISI

Melonjakkan kecemerlangan SMK Felda Besout, dalam pencapaian akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin serta meningkatkan imej pengurusan dan pentadbiran menjelang 2015. 

VISI

SMK Felda Besout bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan melalui:
1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus.
2. memperkasakan kepimpinan instruksional dan membina kepimpinan transformasional.
3. Pembudayaan & pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam pengurusan dan pentadbiran.
4. Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
5. Sahsiah dan disiplin yang berasaskan program pembangunan insan.
6. Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
7. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Lencana sekolah




* Hijau - Agama Islam dan kesuburan alam semulajadi.
* Merah - Keberanian, kegigihan dan semangat waja.
* Putih - Kesucian dan kebersihan.
* Oren - Warna rasmi Felda. 




Logo Sekolah Bestari Malaysia melambangkan perubahan dinamik. Ia memaparkan visi Kementerian Pendidikan untuk merekasemula secara sistematik sistem pendidikan dengan mengubah budaya dan amalan sekolah-sekolah di Malaysia, bergerak keluar dari pembelajaran berasaskan ingatan kepada pendidikan yang merangsang pemikiran dan kreativiti, membentuk pelajar yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka serta membolehkan ibu bapa dan komuniti mengambil bahagian secara aktif.

Warna Logo Sekolah Bestari Malaysia

Tulisan berwarna hitam melambangkan pemikiran yang kritis dan kreatif.
Kuning melambangkan pembelajaran secara optimis.
Ungu melambangkan pengetahuan
Putih melambangkan pendemokrasian pendidikan
Biru melambangkan pembangunan pendidikan yang menyeluruh bagi pelajar
Merah melambangkan peranan pendidikan sebagai nadi hidup negara.
Simbol Sekolah Bestari Malaysia

Bentuk hati yang riang membawa maksud “hati para pelajarnya”.
Bentuk lampu bergaya yang sedang menyala membawa maksud “minda pelajarnya.”
Bentuk empatsegi yang kelihatan peramah melambangkan “perekaansemula Sistem Pendidikan Malaysia”

Kenali SMK Felda Besout


Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout telah diasaskan pada 9 Januari 1984. Pada minggu pertama persekolahan pelajar-pelajar menumpang di Sekolah Menengah Slim River. Para pelajar ini telah memulakan sidang persekolahannya pada sesi petang. Pelajar perintis seramai 210 orang ini terdiri daripada 3 kelas tingkatan satu dan 3 kelas tingkatan dua.
     Pada 16 Januari 1984, para pelajar telah berpindah ke bangunan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout. Bangunan ini telah didirikan oleh pihak FELDA di atas sebidang tanah seluas satu hektar dengan belanja RM116,000.00. Bangunan kayu ini terdiri daripada 2 blok iaitu 5 buah bilik darjah, 2 buah makmal, bilik guru, pejabat sekolah dan tandas. Perabot-perabot dan peralatan telah dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Perak.
     Bilangan guru pada ketika itu hanya 9 orang termasuk Pengetua. Puan Kalthom binti Abdul Rashid merupakan Pengetua yang pertama. Beliau memegang jawatan Pengetua sehingga 1 Februari 1984 apabila pada tarikh yang sama, En. Shafie bin Mohd Ariffin telah melapor diri sebagai Pengetua. Puan Kalthom pula memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan.
     Semenjak sekolah ini dibuka hingga kini (2012), tiga belas orang Pengetua telah ditugaskan di sekolah ini. Mereka terdiri daripada :
  • Pn. Kalthom binti Abd. Rashid
        : 9 Januari 1984 - 1 Februari 1984
  • En. Shafie bin Mohd Ariffin
        : 1 Februari 1984 - 1 Februari 1986
  • Pn. Kalthom binti Abd. Rashid
        : 1 Februari 1986 - 15 November 1987
  • En. Abu Massaut bin Shafiee
        : 16 November 1987 - 19 Mac 1991
  • Tn. Haji Ibrahim bin Jamil
        : 1 April 1991 - 15 Januari 1992
  • Tn. Haji Hamzah bin Yusof
        : 16 Januari 1992 - 16 Februari 1994
  • En. Abdul Mutalib bin Abdul Hamid
        : - 30.3.1998
  • En. Mohd Saaid bin Sulaiman
        : 1 April 1998 - 11 Disember 1998
  • Tn. Haji Ibrahim bin Ahmad
        : 12 Disember 1998 - 16 Julai 2001
  • Tn. Haji Razali bin Ismail
        : Julai 2001 - Jun 2005
  • Pn. Hajjah Ramlah binti Abdullah
        : Julai 2005 - Mac 2008
  • Tn. Haji Abdul Kefli bin Mat Sih
        : Mac 2008 - September 2009
  • Pn. Hajjah Siti Mariam binti Joned
        : September 2009 - Julai 2011
  • Pn. Hajjah Zabidah binti Hassim
        : Julai 2011 - Sekarang
     Setelah 28 tahun ditubuhkan, sekolah ini mengalami perubahan yang ketara dari segi kemudahan fizikal, pertambahan bilangan guru dan pelajar. Pelbagai kemajuan telah dicapai meskipun lokasinya jauh di pedalaman. Semoga dalam alaf baru ini Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.